Kek Steam Buttercream yang di tempah untuk hantaran pertunangan. Toppingnya diwarnakan hijau muda (electric green -AmeriColour) yang warnanya sangat cantik dan lembut.
Kuih Seri Muka yang saya cuba dari resipi Majalah Saji 2002, akhirnya berjaya juga saya membuatnya kerana saya telah pun mencuba beberapa kali tapi hasilnya kurang memuaskan.
Kek Buah Kukus - ditempah oleh Suhaila untuk majlis perpisahannya yang bertukar tempat kerja dari Sg. Petani ke Kajang, Selangor. Selamat bertugas ditempat baru.