Wednesday, February 9, 2011

Kek Red Velvet




Kek Red Velvet ini saya dapat resepinya dari internet cuma diubahsuaikan pada hiasannya. kek ini dibuat untuk anak bongsu sempena hari lahirnya yg ke 15 tahun pada 01.02.2011 dan dah lama saya ingin cuba membuat kek ini dan Alhamdulillah menjadi. Istimewanya kek ini pada saya ialah filling dan hiasan toppingnya ia itu cream cheese jenama Philadelphia + cheese mascarpone yg mahal tu 250 gm harganya Rm 15.00 dan juga Whipped Cream digabungkan menjadikan rasa cream cheese lebih sedap. Cantiknya kek ini pula pada saya terletak pada kemerahan warnanya lebih merah lebih cantik, apa pun saya telah berjaya membuat kek ini dan anda juga boleh mencubanya.


No comments:

Post a Comment