Mexican Bun dan inti didalamnya tetapi saya rasa lain kali saya akan letakkan lebih banyak inti didalamnya, apa pun Mexican Bun ini sangat sedap dimakan semasa masih panas2 lagi. Mexican Bun yg telah siap dibakar, bau haruman topping nescafenya waktu bun masih dlm oven pun dah mengancam ......... Mexican Bun yg sudah siap untuk dibakar. Mexican Bun yg telah siap berinti dan siap di letakkan toppingnya. Doh manis yg sedang direhatkan seketika. Ini dia topping yg siap saya masukkan dlm piping beg. Topping Mexican Bun ( mentega, gula aising, telur, nescafe, air dan tepung serbaguna )
Inti Mexican Bun ( mentega, esen vanilla dan gula perang )
Hari ni buat Kek Red Velvet dan Cupcakes yg ditempah oleh Kak Ju, saya buat tiga lapis didalamnya dan setiap lapisan saya letakkan Cream Cheese Frosting, di bahagian atas dan keliling kek juga dihias dgn Cream Cheese Frosting dan juga bunga2 kecil dari whipping cream, saya hiaskan juga dgn kek yg dikisar halus, begitu juga dgn cupcakes.
Ini dia green cream puff yg rangup diluar dan lembut didalam. Cream Custard yg disediakan untuk filling Cream Puff. Hari ini saya mencuba resepi baru green cream puff sumber dari Rima @Bisous A Toi yg terkenal dgn resepi2 yg menarik dan cantik, ternyata resepi ini tidak menghampakan. Cream puff yg rangup diluar dan lembut didalam ditambah pula dgn topping berwarna hijau dgn keharuman paste pandan. Adunan filling cream custard yg halus dan enak.