Tempahan cupcake (fondant + gumpaste) untuk Door Gift , saya paling berminat dgn fondant dan gumpaste terutama bila menyediakan bunga hiasan dari gumpaste walaupun agak letih membuatnya tetapi memberi kepuasan pada saya, cumanya saya masih memerlukan lagi banyak pengetahuan dan kemahiran.
Kek Aiskrim ini dibuat sempena Hari Bapa, anak2 minta saya buatkan kek kegemaran mereka dan juga abahnya. Ini adalah kali kedua saya membuat kek ini dari Buku 'Langkah Demi Langkah' - Chef Anuar cuma kali ini saya sediakan kek span chocolate dan aiskrim dwiwarna, hiasannya pula saya letakkan homemade chocolate dikeliling kek tersebut. Walaupun ringkas tetapi memang sedap. ' SELAMAT HARI BAPA '
Kek Chocolate Moist dan Blueberry Cheese Tart yg ditempah oleh Ina dan Tun dari Bayan Lepas, Penang katanya untuk makan2 di pejabat. Terima kasih Ina dan Tun.
Hasil kerja tangan selepas menghadiri kelas kek fondant di Bandar Perda, Bukit Mertajam pada 5.6.2010. Kek ini sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan.