Sunday, December 12, 2010
Kek Istimewa Buat Yaya Yg Comel
Mini Murtabak
Mini Murtabak hari ini saya sediakan dgn berintikan daging. Kulitnya saya gunakan kulit popia bersaiz besar, mudah dan cepat membuatnya dan intinya mengikut citarasa kita sendiri, kalau beli kat kedai tu mamak akan taruh intinya lebih banyak telur dan sayur dari daging atau ayam dan harganya pun tinggi. Puan2, kita buat sendiri kat rumah lebih memuaskan dan berbaloi, anak2 suka begitu juga suami kita dari kita makan air tangan mamak lebih baik dari air tangan kita dan satu kepuasan dapat menjalankan tanggung jawab sebagai ibu dan isteri........ betul tak?
Hidangan Makanan Pengantin
Daging Masak Hitam Buah Prune
Kebiasaannya, apabila ada majlis perkahwinan di rumah saudara-mara terdekat di kampung, saya diminta untuk menyediakan masakan hidangan pengantin. Sekurang- kurangnya lima jenis masakan dan untuk tiga hidangan. Bayangkan ....... penat ada, letih ada tapi yang penting saya dapat mendalami lagi bidang masakan ini. Pada akhirnya saya berasa sangat seronok kerana ada saja saudara-mara yang akan datang membantu saya. Sambil itu, kami akan bercerita atau bersembang dan ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Apa pun, saya mendapat kepuasan dan pengalaman yg menyeronokan walaupun keletihan. Gambar di atas adalah hidangan untuk pengantin yang baru berlangsung di kampung sebelah suami saya.
Pastri Puff
Saya menggunakan kulit puff yg dijual di hypermarket dan intinya saya sediakan sendiri dgn menggunakan inti pai ayam. Untuk lebih sedap dan enak, resepi boleh diubah suaikan mengikut citarasa sendiri. Saya juga tambahkan sedikit serbuk cili untuk menjadikan intinya lebih pedas. Anak2 saya sangat suka dan kata mereka lebih sedap dan dapat makan panas2 jika dibandingkan dibeli dari kedai.
Sardin Roll
Sunday, November 21, 2010
Ayam Goreng Tandoori Chef Zubaidah
Snack Popia Pedas
Thursday, November 4, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Monday, October 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)