Saturday, February 25, 2012

KEK BARBIE DOLL (STEAM BUTTERCREAM)

Kek Barbie Doll, kek ditempah untuk hari lahir. Saya buatkan Kek Batik Arora lebih kurang sama seperti kek pelangi cuma Kek Batik Arora ini mengandungi susu pekat manis dan warna yg berperisa. Resepi Kek Batik Arora ini asalnya dari resepi yaties memories.blogspot. Saya gunakan steam buttercream untuk menghias kek ini.

OREO CHEESE CAKE (UNBAKE)

Oreo Cheese Cake -unbake, buat khusus untuk adik angkat sempena hari lahirnya.

KUIH LAPIS & PUDING LYCHEE

Puding Lychee yg mudah membuatnya tetapi sedap dimakan. (antara bahan membuatnya, serbuk agar2, air, gula, susu cair dan buah lychee yg dikisar halus).
Puding Laychee.Kuih Lapis.
Pertama kali saya mencuba buat kueh lapis dan resepi asalnya dari periuktanah.blogspot, menghasilkan kuih lapis yang lembut cumanya lapis putihnya kurang nampak warnanya, apa pun saya berpuas hati kerana pertama kali membuatnya.

Sunday, February 5, 2012

Kek Kastad Pandan

Kek Kastard Pandan, resepi asalnya dari blog Yatiememories ,blog yg sangat saya minati kerana mempunyai resepi2 masakan yg enak. Pertama kali juga kek ini saya cuba buat hari ni untuk keluarga dan juga saya berikan pada jiran2 terdekat untuk sama2 merasainya. Kek yg sedap dgn lapisan kastad pandan yg harum.

MACARONS

Hari ini pertama kali saya mencuba membuat Macarons dan hasilnya Alhamdulillah menjadi walaupun sedikit kerana takut tak menjadi kalau buat adunan yg banyak sebab saya tak berguru sekadar mencuba dan mengikut dari resepi2 dari blog masakan rakan2 masakan dan resepi asal macarons ini saya dapat dari blog KitchenisMyWorld.

Friday, February 3, 2012

BLUEBERRY CHEESE CAKES & CHOCOLATE CAPPUCCINO CHEESE CAKES & KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL

ini dia Kek Coklat Cappuccino Cheese (unbake), Cheese Cakes Chiller ni memang menjadi kegemaran saya dan saya suka sangat membuatnya. Cheese Cakes ini sangat sedap dan pertama kali saya mencubanya, saya buat khas atas permintaan anak gadis saya menyambut hari lahir ke 16 tahun dan kek ini dibawa ke sekolah untuk kawan2. Resepi kek ini saya dapat dari K.Nor@SecubitGaram, resepi2 dari blog K.Nor memang menarik, terima kasih K.Nor dan saya mohon kebenaran dari K.Nor untuk mencuba resepi2 K.Nor yg lain.
Kek Coklat Kukus Keju Koktel yg saya cuba buat pertama kali dan hasilnya menjadi cuma toppingnya agak cair sedikit dan resepi ini saya ambik dari Chef Hanieliza, cubalah...... kek ini memang sedap dan cantik.
Blueberry Cheese Cakes yg dihias dgn limpahan blueberry filling yg saya masak semula dan dihias pula dgn buah blueberry segar dan buah raspberry segar.
Kek Keju yg telah siap dibakar.

CREAM PUFF

Cream Puff berintikan Krim Kastard Jagung yg ditempah sebanyak 200 biji.

Kek Kukus Hati Pari

Kek Kukus Hati Pari yg penuh dgn kismis hitam.
Kek yg telah siap dipotong.
Kek yg telah siap dikukus, kek harum baunya dan cukup moist cumanya saya tak pasti kenapa kek saya warnanya cerah berbanding dgn kek sebenar yg saya lihat dan dapat dari sumber2 internet kek berwarna gelap, apa pun warnanya kek ini memang sedap, lembut dan penuh dgn kismis.

PAU GORENG

Pau yg telah siap digoreng. Pau ini sedap dimakan ketika masih panas2, lembut walaupun sampai keesokan harinya.
Inti Pau yg saya sediakan.
Doh pau yg telah siap diuli dan direhatkan seketika.